Home Pertahanan dan Keselamatan Kaji semula keperluan di ESSZONE – Mohammad Din

Kaji semula keperluan di ESSZONE – Mohammad Din

by Nurulhuda

KOTA KINABALU,  19 Mei – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta untuk mengkaji semula sebarang keputusan, termasuk cadangan baharu bagi meningkatkan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohammad Din Ketapi, berkata beliau percaya kerajaan baharu itu akan mengkaji semula keperluan pertahanan ESSZONE, begitu juga di bawah pemantauan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Kalau ada keperluan (dari segi aset dan perbelanjaan kewangan) tambah dan kalau tiada keperluan kurangkan, tetapi dari sudut keselamatan perlu utamakan dahulu.

“Kena lihat keadaan (di kawasan ESSZONE), saya dapati sekarang tidaklah begitu teruk (masih boleh menangani ancaman),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohammad Din berkata, beliau tidak menafikan insiden jenayah rentas sempadan seperti culik memang pernah berlaku sebelum pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo di FELDA Sahabat, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, tindakan ketenteraan memperlihatkan ESSZONE bagaikan sebuah lokasi perang, justeru ia memerlukan justifikasi terhadap pewujudan zon keselamatan itu.

Katanya, walaupun belum ada perancangan atau cadangan baharu daripada kerajaan untuk ESSZONE ketika ini, namun ia memerlukan kajian rapi.

“Setakat ini belum ada lagi (cadangan baharu), tetapi kalau keadaan memerlukan, perlu buat satu penyelesaian baharu,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply