Home Politik Layanan terhadap Najib oleh polis dipersoal

Layanan terhadap Najib oleh polis dipersoal

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 mei – Melihat tindakan dan siasatan yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’Seri Najib Razak, segelintir ahli parlimen dan ahli politik mempersoalkan tindakan tersebut.

Semalam, Nurul Izzah melalui akaun Twitter rasminya menyuarakan bantahan tentang tindakan mengeledah pada awal pagi oleh polis.

“As former victims of early dawn police raids, I must stress my disagreement in ransacking any home at such an ungodly hour. Charge, investigate, prudently. Prinsip keadilan & berhikmah sentiasa terpakai oleh PDRM,” katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyuarakan persetujuan beliau terhadap pandangan Nurul Izzah. Menurut Khalid, penyiasatan perlu dilakukan namun tidak perlu sampai memalukan saspek atau melanggar hak. Beliau turut mempunyai pengalaman disiasat pada awal 2.30 pagi.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii dilaporkan berkata, “Beliau bukannya penjenayah dan tiada dakwaan telah dilakukan terhadap beliau (Najib),”

Suara yang sama dilemparkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan yang menyifatkan penggeledahan berterusan melebihi 18 jam oleh hampir 60 orang anggota PDRM.

Beliau yang dipetik oleh Utusan Malaysia menyatakan layanan tertsebut tidak sepatutnya berlaku terhadap Najib yang telah menyatakan komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Saya tidak mempersoalkan hak polis untuk melaksanakan siasatan mengikut prosedur ditetapkan serta konsisten dengan undang-undang negara,”katanya kepada Utusan Online.

Related Articles

Leave a Reply