Home SemasaGlobal Serangan pengganas sekali lagi mengegarkan Indonesia

Serangan pengganas sekali lagi mengegarkan Indonesia

by M.Daim

SURABAYA, 16 Mei – Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan serangan pengganas terhadap bangunan pasukan keselamatan. Dua orang anggota Polis Republik Indonesia (POLRI) dilaporkan tercedera dalam satu serangan terhadap sebuah ibu pejabat POLRI di Pekanbaru.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi menyaksikan sebuah kenderaan MPV melanggar pagar ibu pejabat polis dan penumpang kenderaan terbabit bertindak menyerang anggota polis dengan menggunakan pisau.

Imej yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter di Indonesia menunjukkan seorang lelaki yang tidak dikenali sedang terbaring di tengah perkarangan ibu pejabat POLRI di Pekanbaru. Semenjak Ahad lalu, Indonesia telah menerima 3 serangan pengganas yang dilakukan di beberapa lokasi berbeza. Foto: Twitter

Laporan media Indonesia menyebut seramai 2 orang anggota POLRI cedera sementera 3 orang penyerang telah ditembak mati.

Pada Isnin lalu, Ibupejabat POLRI di Surabaya telah digegarkan dengan serangan bunuh diri. Serangan yang dilakukan oleh 5 orang sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia 8 tahun telah mencederakan seramai 10 orang.

Sebelum itu, 3 gereja di Surabaya telah diserang oleh pengebom bunuh diri yang membunuh 12 orang. Serangan pada Ahad lalu dilakukan oleh 6 orang sekeluarga.

 

Related Articles

Leave a Reply