Home Pertahanan dan Keselamatan Tabung Ihya’ Ramadhan ke arah warga ATM lebih baik

Tabung Ihya’ Ramadhan ke arah warga ATM lebih baik

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR 14 Mei – Panglima Angkatan Tentera Ma­laysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyatakan keyakinan beliau dengan idea baharu dan pendekatan yang dicetuskan melalui Tabung Ihya’ Ramadhan dan pengagihan sumbangan zakat ATM mampu membawa warga ATM ke arah lebih baik.

Tabung itu merupakan sumbangan warga ATM bagi menampung segala akti­viti masjid sepanjang bulan Ra­madan selain memberi zakat kepada 80 asnaf serta memberi sumbangan zakat kepada masjid dan surau ATM seluruh negara

“Kita yakin pendekatan baharu itu nanti membawa warga ATM ke arah lebih baik dan yakin memberi kebaikan untuk menjaga keselamatan, maruah dan kedaulatan negara.

Ditanya mengenai pelantikan baru Menteri Pertahanan, beliau berharap pelantikan Menteri Per­tahanan baharu akan membawa perubahan dan pendekatan lebih baik kepada pasukan tersebut, malah berjanji memberi komitmen dan sokongan padu sepenuhnya.

“Saya mewakili warga ATM berbangga dan mengalu-alukan kedatangan Men­teri Pertahanan baharu, Mo­hamad Sabu serta mengucap­kan tahniah atas pelantikan beliau menerajui kementerian ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramahan dan pengagihan sumbangan zakat ATM di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan.

Related Articles

Leave a Reply