KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata pihak polis hari ini mula mengawal laluan keluar masuk ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini.
Beliau berkata ia dilakukan bagi mengawal keselamatan kediaman terbabit.
“Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah ditempatkan untuk mengawal keselamatan,” katanya lagi.
Tinjauan mendapati lima anggota polis ditempatkan di simpang masuk ke kediaman bekas perdana menteri itu.
Polis turut menempatkan balai polis bergerak selain membuat pemeriksaan ke atas setiap individu mahupun kenderaan yang ingin masuk ke laluan itu.
Difahamkan arahan kawalan keselamatan berkenaan dikeluarkan mulai malam tadi.
Susulan itu, pengamal media yang berkumpul di kawasan kediaman itu juga tidak dibenarkan memasuki laluan berkenaan berbanding semalam yang mana wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan pintu pagar kediaman tersebut bagi membuat liputan