Home Politik PM umum 10 Kementerian utama

PM umum 10 Kementerian utama

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 11 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan kerajaan telah membentuk 10 kementerian-kementerian utama, dalam sidang media di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur hari ini.

Walaubagaimanbagaimanapun, nama-nama menterinya hanya akan diumumkan esok.

“Kami putuskan, buat masa ini, kami hanya akan membentuk kabinet yang kecil melibatkan kementerian-kementerian yang penting secepat mungkin.

“Kami tidak mahu kabinet yang besar, tetapi terdapat beberapa kementerian yang perlu diisi segera,” katanya.

Beliau mengumumkan 10 kementerian yang dipilih menjadi teras kepada kementerian iaitu,:

  1. Kementerian Kewangan
  2. Kementerian Dalam Negeri
  3. Kementerian Pertahanan
  4. Kementerian Pendidikan
  5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  6. Kementerian Ekonomi
  7. Kementerian Kerja Raja
  8. Kementerian Pengangkutan
  9. Kementerian Teknologi, Sains dan Multimedia
  10. Kementerian Luar

“Semua wakil parti dalam PH akan diberikan jawatan dan setiap kementerian mempunyai kekuatan dan keutamaan masing-masing berdasarkan peranannya, ” katanya.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Abdullah.

Related Articles

Leave a Reply