Home SemasaGlobal Erdogan kecam manifesto anti-Islam

Erdogan kecam manifesto anti-Islam

by Noor Sheila Amin

ANKARA – TURKI, 9 Mei – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam manifesto anti-Islam yang diterbitkan bulan lalu oleh 300 tokoh yang menggesa sebahagian daripada ayat al-Quran dikeluarkan.

“Siapa anda mahu menyerang kitab suci kami? Kami tahu betapa jahatnya kamu. Anda tidak ada beza dengan Daesh,” tegas beliau ketika berucap di Ankara, semalam.

Difahamkan, permintaan itu dibuat menerusi surat terbuka yang diterbitkan dalam akhbar harian, Le Parisien pada bulan lalu.

Penandatangan itu termasuk bekas Presiden Nicolas Sarkozy, bekas perdana menteri dan beberapa ahli parlimen yang menuntut pihak berkuasa agama Islam mengeluarkan ayat al-Quran berkaitan orang Yahudi, Kristian dan orang tidak percaya agama.

Sebagai respons, 30 ulama Perancis membalas surat itu menerusi akhbar Le Monde mengutuk anti-Semitisme dan memberi amaran manifesto seperti itu boleh menggugat hubungan antara komuniti agama di negara Eropah. – Press TV

Related Articles

Leave a Reply