Home Semasa Pusat mengundi terbakar

Pusat mengundi terbakar

by Noor Sheila Amin

SHAH ALAM, 9 Mei – Dewan mengundi Sekolah Kebangsan Jalan U3 Subang Perdana bagi Parlimen Sungai Buloh dan Kota Damansara terbakar kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Kejadian berlaku ketika proses pengundian bagi saluran satu sedang berjalan.

Menurut sumber, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar lintas, bagaimanapun berjaya dikawal dan api dipadamkan.

Proses mengundian di saluran satu ini terus dijalankan dalam keadaan gelap buat sementara waktu dan telah pun digantikan dengan lampu sementara.

Setakat maklumat yang diterima, sama ada saluran mengundi akan ditukarkan ke bahagian lain tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, seorang saksi berkata, mereka terdengar bunyi letupan sebelum kebakaran berlaku.

Kejadian bagaimanapun tidak mencetuskan suasana panik.

Proses pengundian ketika ini masih berjalan seperti biasa dan pasukan bomba dan penyelamat masih berada di lokasi bagi memastikan keselamatan pengundi dan tempat terjamin.

Related Articles

Leave a Reply