Home Politik Datang lebih awal ke pusat pengundian – Nazri Ismail

Datang lebih awal ke pusat pengundian – Nazri Ismail

by Nurulhuda

IPOH, 8 Mei – Seramai 1.47 juta pengundi berdaftar dijangka keluar mengundi di 778 pusat pengundian seluruh negeri, esok.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Mohd Nazri Ismail berkata, sebanyak 2,815 saluran akan dibuka bagi melancarkan proses pengundian.

Menurutnya, kesemua peti undi akan diambil oleh Ketua Pusat Mengundi (KTM) seawal 6 pagi esok  sebelum diedarkan ke pusat mengundi pada 7 pagi.

“Semua pusat mengundi akan dibuka mulai 8 pagi sehingga 5 petang.

“Oleh itu, orang ramai diharap dapat datang lebih awal ke pusat pengundian.

“Kalau boleh jangan tunggu lewat petang kerana kalau hujan akan menyusahkan dan sebagainya,” katanya sempena Proses Semakan Isi Peti Undi di Stadium Indera Mulia, hari ini.

Sementara itu, Mohd Nazri berkata, SPR turut sediakan 10 bot dan 148 kenderaan pacuan empat roda (4×4) bagi membawa peti dan kertas undi ke kawasan pendalaman.

Bagaimanapun katanya, bagi kawasan pendalaman ini pusat pengundian hanya akan beroperasi mulai 8 pagi hingga 2 atau 3 petang.

“Kita juga sediakan sebanyak 42 pengangkutan shuttle (van, buggy)  di beberapa kawasan bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai mengundi.

“Shuttle ni kita sediakan untuk kawasan yang jauh. Ada pusat yang pintu pagar ke saluran sejauh 800 meter dan ada juga yang kena naik bukit,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply