Home SemasaGlobal Israel hampir tembak jatuh pesawat Rusia

Israel hampir tembak jatuh pesawat Rusia

by Noor Sheila Amin

TEL AVIV, 8 Mei – Bekas Menteri Pertahanan Israel mendakwa pihak rejim hampir menembak jatuh jet Rusia yang menghampiri ruang udaranya pada tahun 2015.

Menurut Moshe Ya’alon, insiden itu berlaku tidak lama selepas Rusia mula memberikan sokongan udara untuk operasi anti-keganasan di Syria.

“Pada awal kehadiran Rusia (di Syria), terdapat satu kes di mana seorang juruterbang mereka hampir melintasi sempadan berhampiran Bukit Golan.

“Jika ia pesawat Syria, sudah tentu kami menembaknya,” kata Ya’alon.

Tambah Ya’alon, pasukan udara Israel membatalkan serangan tersebut selepas jet berkenaan mengubah haluannya.

Tentera kemudian menghubungi Hmeimimim, pangkalan udara di barat Syria yang menjadi markas Rusia bagi memaklumkan situasi itu.

Katanya lagi, perkara itu diselesaikan dengan baik dan jet Rusia yang beroperasi di Syria telah mengubah haluan selepas kejadian itu. – Press TV

Related Articles

Leave a Reply