Home SemasaGlobal Trump jumpa Jong-un di Singapura

Trump jumpa Jong-un di Singapura

by Noor Sheila Amin

SEOUL, 7 Mei – Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dijangka berlangsung di Singapura, bulan depan.

Akhbar harian Korea Selatan, Chosun Ilbo hari ini, yang memetik sumber diplomatik melaporkan, sidang kemuncak itu akan diadakan pada pertengahan Jun, ketika memetik Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton.

Menurut akhbar itu, kemungkinan untuk Singapura bertindak sebagai penganjur pertemuan bermakna itu bertambah besar, selepas Trump memutuskan untuk bertemu dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in di Rumah Putih bulan ini, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Media tempatan melaporkan, Bolton mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya, Chung Eui-yong di Washington akhir minggu lalu bagi membincangkan mengenai lokasi pertemuan kedua-dua pemimpin itu. – AFP

Related Articles

Leave a Reply