Home Politik Parlimen Pandan: Persaingan lima penjuru untuk Wan Azizah, Wan Muhammad Azri pula tarik diri

Parlimen Pandan: Persaingan lima penjuru untuk Wan Azizah, Wan Muhammad Azri pula tarik diri

by M.Daim
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdepan persaingan lima penjuru bagi kerusi Parlimen Pandan.

Selain daripada cabaran daripada calon Barisan Nasional Datuk Leong Kok Wee dari MCA serta Mohamed Sukri Omar dari Pas, Dr Wan Azizah turut berdepan calon dari PRM, Jenice Lee Ying Ha dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, juga dikenali sebagai Buzze Azam yang bertanding di bawah tiket Bebas.

Pengumuman calon dibuat Pegawai Pengurus Pilihanraya Pandan Hasrolnizam Shaari.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Pandan pula, kerusi Pandan Indah menyaksikan pertembungan tiga penjuru manakala Teratai akan direbut empat orang calon.

Sementara itu, blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang sebelum ini mengumumkan akan menentang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak jadi bertanding di kerusi Parlimen Pandan.

Related Articles

Leave a Reply