Home Pertahanan dan Keselamatan Pelbagai inisiatif dilancarkan pada ulangtahun TLDM

Pelbagai inisiatif dilancarkan pada ulangtahun TLDM

by M.Daim

LUMUT, 27 Apr – Sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-84
diraikan dengan penuh semangat oleh warga TLDM (Navy People) yang membanjiri
Auditorium M. Sidek Shabudin pagi tadi.

Tema sambutan Hari TLDM ke-84 iaitu “Transformasi Pemacu Kecemerlangan” dipilih seiring transformasi yang sedang dilalui TLDM. Ketika ini, TLDM sedang melaksanakan pelan transformasi dalam memperkasa kesiagaan Armada TLDM.

Tema ini juga menyokong Transformasi Pertahanan 2050 atau TN50D dan turut menyokong inisiatif Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menaiktaraf prasarana dan memperkasa kebajikan anggota ATM.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman menyatakan, “dalam melangkah ke satu tahun yang baharu bagi TLDM, sambutan ini wajar mengingatkan Navy People tentang sejarah kewujudan TLDM”.

“Pada masa yang sama, sambutan ini mampu meningkatkan motivasi warga untuk memperbaharui azam dan tekad sebagai seorang anggota tentera. la turut mengingatkan TLDM tentang tanggungjawab yang telah diamanatkan.”

“Sambutan ini juga sebagai tanda kesyukuran warga TLDM terhadap keamanan negara yang dinikmati hasil daripada jasa, pengorbanan serta komitmen warga TLDM, termasuklah golongan veteran,”

Transformasi PUSMAS

Dalam majlis ini, Panglima Tentera Laut telah melancarkan Transfomasi Pusat Sumber Maritim dan Sejarah TLDM serta buku terbitannya yang pertama berjudul Guardian of the Frontier, berkisar tentang pembangunan Stesen Luar Pantai TLDM di Laut China Selatan.

Mengekalkan nama singkatan PUSMAS TLDM, Pusat Strategi Maritim dan Sejarah TLDM atau di dalam Bahasa Inggeris, RMN Sea Power Centre, adalah sebahagian daripada usaha transformasi TLDM ke arah
menjadu sebuah anghatan laut yang kredibel dan versatil.

Sejajar dengan transformasi ini, peranan PUSMAS TLDM diperkembangkan lagi melalui empat
komponen penting penyelidikan maritim iaitu strategi, sejarah, doktrin dan publikasi.

Transformasi ini juga mendokong kepentingan serta keberkesanan elemen kajian dan penyelidikan terutama di peringkat strategik dalam hal-hal berkaitan keselamatan maritim.

Blueprint Pendidikan TLDM

Blueprint Pendidikan TLDM turut dilancarkan oleh Panglima Tentera Laut bagi memperkasakan Sistem Latihan TLDM. Pemerkasaan sistem latihan ini adalah seiring dengan Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM yang bermatlamat untuk melahirkan warga Navy People yang berkemahiran tinggi, profesional, berbudaya cemerlang dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.

Related Articles

Leave a Reply