Home SemasaGlobal Pesawat tempur Qatar pintas pesawat penumpang UAE

Pesawat tempur Qatar pintas pesawat penumpang UAE

by Noor Sheila Amin

DUBAI, 23 April – Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendakwa pesawat tempur Qatar memintas pesawat penumpang negara itu yang membawa 86 orang menuju ke Bahrain, kata agensi berita UAE (WAM) memetik laporan akhbar tempatan.

Pihak berkuasa penerbangan awam negara itu berkata, pesawat penumpang UAE terpaksa mengubah sedikit haluan untuk mengelak daripada bertembung.

 Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyebut syarikat penerbangan pesawat yang terbabit.

Kedua-dua negara saling menuding jari susulan beberapa insiden di ruang udara negara itu sejak Abu Dhabi dan beberapa negara Arab lain mengenakan sekatan perjalanan, diplomatik dan perdagangan terhadap Qatar sejak Jun tahun lalu.

UAE bersama-sama Arab Saudi, Bahrain dan Mesir menuduh Qatar menyokong musuh serantau iaitu Iran dan kumpulan pelampau.

Tuduhan itu dinafikan Qatar, malah menganggap empat negara terbabit cuba menyekat kedaulatannya.

Susulan kejadian itu, tidak ada sebarang kenyataan balas daripada pihak berkuasa Qatar setakat ini. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply