Home Pertahanan dan Keselamatan “Saya bawa ilmu yang saya pelajari di TUDM” – Flait Sarjan Zaidi Salleh

“Saya bawa ilmu yang saya pelajari di TUDM” – Flait Sarjan Zaidi Salleh

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Apr – Veteran HANDAU yang menjadi wira dalam insiden di Jambatan Sultan Abdul Halim pada 18 April lalu turut hadir ke Majlis Reunion Veteran TUDM. Majlis tersebut merupakan perjumpaan para veteran Tentera Udara Diraja Malaysia anjuran Persatuan Veteran TUDM (PVTUDM) diadakan pada malam semalam di Dewan Angkasa Raya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Air Times News Network berkesempatan untuk menemu bual Flait Sarjan Zaidi Salleh, 52 tahun pada majlis tersebut.

Menurut beliau, ilmu yang dipelajari semasa berkhidmat dalam TUDM pada satu masa dahulu banyak membantu beliau dalam bertindak balas untuk menyelamat.

Beliau menggunakan tali ‘towing’ pada kenderaan ronda untuk menuruni jambatan dan terjun untuk menyelamatkan mangsa. Pada ketika itu, mangsa sedang berpaut pada dinding konkrit tiang di bawah jambatan.

Flait Sarjan (B) Zaidi Salleh hadir ke Majlis Reunion Veteran TUDM yang berlangsung di Dewan Angkasa Raya pada malam semalam. Foto: Air Times.

Setelah berjaya mendapatkan mangsa, beliau dan mangsa berpaut pada tong air yang dibawa turun bersama. Walaupun begitu, arus air semakin kuat dan beliau turut hanyut perlahan-lahan bersama mangsa.

Keletihan, Zaidi memberikan kedua-dua tong kepada mangsa untuk memastikan mangsa dalam keadaan terapung. Sementara itu, Zaidi bergantung kepada ilmu pengapungan ‘floating’ yang dipelajari beliau semasa menjalani latihan HANDAU pada satu ketika dahulu.

Mereka berdua terapung di Selat Melaka untuk hampir sejam sebelum diselamatkan oleh bot nelayan.

Rakaman yang diambil oleh nelayan menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian umum akan tindakan Flait Sarjan Zaidi.

Pada masa yang sama, beliau menolak dakwaan mangsa mempunyai masalah ah long atau tekanan perasaan seperti yang diwar-warkan di laman sosial.

 

Related Articles

Leave a Reply