Home PolitikBarisan Nasional Calon dipilih mengikut prestasi dan penerimaan pengundi – Rizalman

Calon dipilih mengikut prestasi dan penerimaan pengundi – Rizalman

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Apr – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan Datuk Rizalman Mokhtar berkata pemilihan calon lama ataupun baru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah berkaitan dengan prestasi calon sendiri dan penerimaan pengundi kepada calon.

“Kita boleh letak calon tujuh penggal dengan syarat ia memang diterima oleh pengundi, dan ada calon satu penggal pun telah diberi peluang tetapi ianya tidak lagi diterima oleh penggundi jadi perlu ditukar”, katanya.

“Calon lama pun, selagi beliau diterima oleh rakyat dan selagi mampu untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat akan diberi peluang. Tetapi jika tidak mampu untuk memberi perkidmatan yang terbaik, perlu memberi peluang kepada calon yang baru”, ujar beliau.

Rizalman juga berkeyakinan bahawa BN Wilayah Persekutuan akan memenangi tujuh kerusi pada PRU14.

Pada masa sama, beliau menasihatkan pengundi supaya memilih parti yang mampu menjamin masa depan, berdasarkan kepercayaan diatas apa yang telah dilakukan dan jangan membuat keputusan ketika dalam emosi, katanya selepas majlis pelancaran Manifesto BN Wilayah Persekutuan dan pengumuman Calon BN Wilayah Persekutuan di PWTC hari ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply