Home SemasaGlobal Pelarian Syria kembali pulang

Pelarian Syria kembali pulang

by Noor Sheila Amin

Lubnan, 20 April – Kira-kira 500 pelarian Syria meninggalkan selatan Lubnan semalam di bawah perjanjian damai antara pihak berkuasa Beirut dan Damsyik bagi membantu mereka pulang semula ke negara asal.

Sebanyak 15 buah bas digunakan kerajaan Syria untuk membawa pulang pelarian dari bandar Sheeba di selatan Lubnan yang menjadi kediaman kira-kira 500 pelarian Syria yang lari meninggalkan negara asal susulan perang selama tujuh tahun.

Operasi penghantaran pulang pelarian itu dilakukan berdasarkan senarai nama yang diperoleh lebih awal dan dibantu pasukan keselamatan Lubnan yang terdapat di sepanjang sempadan.

Suruhanjaya Tinggi untuk Pelarian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata, mereka dimaklumkan mengenai kepulangan itu tetapi tidak terbabit dalam perkara perjanjian berkenaan selepas mengambil kira pencabulan hak asasi dan situasi keselamatan di Syria.

Agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan, kesemua pelarian itu akan pulang ke kampung masing-masing di Beit Jin dan wilayah sekitar di barat daya Damsyik.

Related Articles

Leave a Reply