Home SemasaGlobal Mike Pompeo bertemu Jong-un?

Mike Pompeo bertemu Jong-un?

by Noor Sheila Amin

NEW YORK, 19 Apr – Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo mengadakan pertemuan rahsia dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, awal bulan ini.

Akhbar The Washington Post memaklummkan, perkembangan itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara dijangka mengadakan persidangan menjelang hujung Mei depan.

Persidangan bertujuan untuk mencari jalan menyelesaikan pertikaian membabitkan program senjata nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Difahamkan, perjumpaan itu berlaku tidak lama selepas Pompeo dicalonkan sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Rumah Putih dan CIA enggan mengulas lanjut berhubung laporan itu, sementara Presiden Donald Trump memaklumkan hari ini bahawa lima lokasi sudah dicadangkan untuk pertemuan dengan Jong-Un.

Related Articles

Leave a Reply