Home Pertahanan dan Keselamatan Kebencian adalah ancaman sebenar negara – Hishammuddin

Kebencian adalah ancaman sebenar negara – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Apr – Golongan belia tidak seharusnya terdedah dan mudah terikut-ikut dengan budaya kebencian yang cuba dipupuk oleh pihak tertentu dengan agenda tersembunyi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya, meskipun budaya itu ditanam secara bermusim (menjelang PRU) tetapi ia tidak seharusnya berlaku.

 “Saya tengok masa depan kita (negara) banyak bergantung kepada mereka ini.

“Selain belum bersedia, budaya kebencian yang ditanam dalam jiwa anak muda pada masa kini juga akan memberi kesan kepada golongan itu kemudian.

“Acaman sebenar negara pada masa kini adalah budaya kebencian yang ditanam dalam sanubari anak muda yang dilihat  semakin membimbangkan, katanya ketika diajukan soalan oleh pengacara dalam program bersama belia sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Dalam pada itu, Hishammuddin menegaskan, penglibatan golongan belia terutama mahasiswa pada pameran itu adalah agar mereka mendapat pengetahuan yang luas terhadap dunia pertahanan dan ketenteraan.

Tambah beliau, anak-anak muda perlu didedahkan dengan aspek pertahanan kerana mereka merupakan generasi yang akan mencorak masa depan negara ini.

Acara di MITEC yang berakhir hari ini menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 perwakilan dari 45 negara, antaranya Korea Selatan, China, Jepun, Australia, Pakistan, Rusia dan Indonesia.

Related Articles

Leave a Reply