Home PolitikPakatan Harapan Pas bakal berbelanja besar di PRU14-Mahfuz

Pas bakal berbelanja besar di PRU14-Mahfuz

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Presiden PAS, YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang kelmarin telah mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 160 kerusi pada Pilihanraya Umum Ke 14 kelak.

Namun disebalik pengumuman berkenaan, terdapat tanggapan bahawa wujud permainan Pas bagi memecah undi Pakatan Harapan untuk memberi kedudukan selesa kepada BN.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya berkata, apakah kemampuan yang ada pada jentera PAS dan juga kewangan parti, berikutan PAS yang gigih mengutip sumbangan atas nama jihad dari ahli-ahli bawahan.

“Dulu PAS kata hendak kekal bertanding semua kerusi sekitar 80 kerusi, lepas itu jadi 100, 120 dan 130 kerusi.

“Kemudian beberapa hari lepas Setiausaha Agung PAS mengatakan PAS akan bertanding 150 kerusi sebelum Abdul Hadi mengumumkannya”, tambahnya lagi.

Menurut Mahfuz, apabila Pas sentiasa mengubah-ubah jumlah kerusi yang nak di tandingi, jelas ia  menunjukkan betapa berceramuknya percaturan PAS.

“Mungkin juga untuk bermain silap mata bagi menutup hasrat sebenar yang sekian lama diwar-warkan iaitu untuk menjadi ‘kingmaker’ atau kuasa penentu”, kata Mahfuz.

“Jika benar PAS hendak bertanding 160 kerusi Parlimen, maka untuk deposit calon dan bahan kempen sahaja sudah mencecah RM2.4 juta iaitu dengan mengambil kira deposit sebanyak RM15 ribu untuk sebuah kerusi Parlimen, jelasnya.

“Maka perbelanjaan untuk 160 kerusi Parlimen akan mencecah RM34.40 juta!” jelas beliau.

“Saya tahu PAS semasa era sebelum ini memang tidak ada kemampuan kewangan sebesar itu, tambahnya.

“Adakah ahli Pas sanggup bergolak gadai mencari wang untuk sasaran yang tidak realistik? Atau terdapat permainan lain di sebaliknya?,” katanya lagi.

Related Articles

Leave a Reply