Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS akan bertanding lebih 150 kerusi di PRU14 – Takiyuddin

PAS akan bertanding lebih 150 kerusi di PRU14 – Takiyuddin

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 16 Apr – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Harian yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Yang Berbahagia Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung parti itu, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata dalam mesyuarat tersebut, seramai 12 jawatankuasa telah memuktamadkan 95% calon-calon yang akan mewakili PAS dalam PRU 14 bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh Negara, termasuk Sabah dan Serawak.

“Bagi kerusi Parlimen, PAS mengesahkan akan bertanding melebihi 150 kerusi di samping sebahagian besar kerusi-kerusi DUN di setiap negeri’, ujarnya dalam kenyataan media kepada pemberita.

“Majlis Pengisytiharaan Calon-calon PAS akan diadakan serentak di negeri-negeri di seluruh Negara pada 19 April 2018, kecuali Sabah dan Serawak (21 Apr 2018) dan Kelantan (25 Apr 2018)” tambahnya lagi.

Dalam mesyuarat yang sama, jawatankuasa harian PAS Pusat yang bermesyuarat pada hari ini juga telah menerima dan meluluskan Keahlian PAS kepada Dato’ Kamilia binti Ibrahim, bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, sebagai Ahli Sekaligus PAS atau Ahli Seumur Hidup.

 

 

Related Articles

Leave a Reply