Home Pertahanan dan Keselamatan Ancaman pengganas pengaruhi polisi keselamatan dan pertahanan semasa

Ancaman pengganas pengaruhi polisi keselamatan dan pertahanan semasa

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 15 Apr – Pameran Defence Services Asia (DSA) 2018 dan National Security (NATSEC) Asia 2018 telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi bertempat di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur, hari ini.

Tahun ini merupakan tahun ke-30 semenjak DSA pertama kali dilancarkan pada tahun 1988. DSA 2018 diserikan lagi dengan pameran NATSEC Asia 2018 yang berlangsung serentak pada 16 – 19 April 2018.

Sehubungan dengan itu, pameran NATSEC Asia adalah lembaran baharu dalam kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan Malaysia,” kata Zahid dalam ucapan perasmian.

“Penganjuran DSA dan NATSEC Asia adalah selari dengan Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS), dan kerjasama antara polis dan tentera semakin erat, ujarnya.

“Ancaman pengganas pada hari ini telah mempengaruhi polisi keselamatan dan pertahanan semasa,” tegas Timbalan Perdana Menteri.

“Fahaman ekstremisme dan taktik yang digunakan oleh pengganas pada hari ini berubah-ubah, dan sekaligus mengubah landskap pertahanan dan keselamatan negara,” tambah Zahid Hamidi.

Dalam perkembangan ancaman semasa, ancaman pengganas masa kini adalah berbentuk hibrid (gabungan) di mana ia telah menuntut pasukan polis dan tentera untuk berganding bahu dalam mengekang ancaman tersebut.

“DSA memainkan peranan dalam memupuk kerjasama antara agensi, dan negara untuk membanteras ancaman tersebut,” jelas Zahid Hamidi.

Related Articles

Leave a Reply