Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
UMNO tidak gentar gandingan Mahathir dan Anwar – Hishammuddin – Air Times News Network
Home PolitikBarisan Nasional UMNO tidak gentar gandingan Mahathir dan Anwar – Hishammuddin

UMNO tidak gentar gandingan Mahathir dan Anwar – Hishammuddin

by Air Times News Network

KLUANG, 14 Apr – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata UMNO tidak langsung berasa gentar dengan gandingan kerjasama antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dakwaan Anwar yang menyatakan UMNO begitu takut dengan gandingan mereka bukan sahaja tidak benar malah ianya agak kelakar.

“Kerjasama kedua-dua individu berkenaan ketika dalam UMNO sebelum ini juga sudah terbukti gagal dan tidak berjaya.

“Adakah kami takut kerjasama Mahathir dengan Anwar dan sudah semestinya tidak. Malah, dalam UMNO dulu ketika kerjasama mereka dalam UMNO sendiri pun apabila diuji gagal, apatah lagi di luar.

“Apa yang kita mahu takutkan kerana masa itu mereka berada dalam bahtera UMNO sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri juga tidak nampak boleh kerjasama, katanya ketika sidang media Majlis Warga FELCRA Wilayah Johor Bersama Pemimpin di Padang Awam, Kampung Melayu Batu 4, Paloh, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak nampak mengapa UMNO mahu takut dan gentar dengan gandingan mereka berdua. Apa lagi dengan gandingan bersama DAP, PPBM dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang belum teruji.

Terdahulu, pada Khamis lalu, Anwar dalam satu kenyataan melalui peguamnya dilaporkan berkata, beliau musykil mengapa UMNO begitu takut dengan gandingannya bersama Dr Mahathir malah mendakwa pimpinan Umno menganggap kerjasama mereka sebagai perkara yang janggal kerana mereka sudah bermusuhan begitu lama.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?