Home SemasaGlobal Kanak-kanak mangsa culik di Nigeria

Kanak-kanak mangsa culik di Nigeria

by Noor Sheila Amin

Abuja – Nigeria, 13 Apr – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berkata, militan Boko Haram telah menculik lebih 1,000 kanak-kanak di timur laut Nigeria sejak 2013.

Menurut agensi itu hari ini, Boko Haram sering menyasarkan kanak-kanak atau remaja dalam usaha mereka meluaskan pengaruh dan menyebarkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

Unicef berkata demikian menjelang ulang tahun keempat peristiwa penculikan 276 pelajar perempuan yang diculik di bandar Chibok.

“Kanak-kanak di bahagian timur laut Nigeria terus menjadi sasaran Boko Haram.

“Kami telah mengumpul segala maklumat dan angka sebenar yang diculik mungkin lebih tinggi,” kata Pengarah Unicef Nigeria, Mohamed Malick Fall.

Katanya lagi, kanak-kanak atau remaja yang diculik dipaksa berkahwin dengan anggota Boko Haram.

Kira-kira 2,295 guru terbunuh manakala 1,400 sekolah telah musnah dalam konflik 10 tahun di timur laut Nigeria.

Related Articles

Leave a Reply