Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM terus tabur bakti, laksana penerbangan ihsan

TUDM terus tabur bakti, laksana penerbangan ihsan

by M.Daim

SUBANG, 12 Apr – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit dari Kuala Terengganu ke Subang pada malam semalam.

Pesakit Long QT Syndromes, Nurul Najwa Amira Binti Abdullah, 20 tahun diterbangkan dari Kuala Terengganu ke Pangkalan Udara Subang dengan menggunakan pesawat CN235.

Nurul Najwa Amira Binti Abdullah, 20 tahun yang menghidap Long QT Syndromes dipindahkan ke Hospital Serdang dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan pesawat CN235 milik TUDM.

Penerbangan ihsan ini dilaksanakan oleh Kapten Sharavanakukhan a/l Sanmugam dan Kapten Abdul Halim bin Ishak serta dibantu oleh Sarjan Nurul Hazmil bin Ghazali  dan  Sarjan Zakaria bin Hamdan dari No.1 Skuadron.

Penerbangan ihsan ini membawa pesakit berikutan rawatan lanjut dan pembedahan yang perlu disegerakan oleh doktor pakar. Pesawat yang berlepas pada jam 9.20 malam semalam telah berjaya mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 10.20 malam dan terus dibawa ambulan ke Hospital Serdang.

 

Related Articles

Leave a Reply