Home PolitikBarisan Nasional Tsunami Melayu hanya taktik Harapan – Khaled Nordin

Tsunami Melayu hanya taktik Harapan – Khaled Nordin

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 12 Apr – Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menolak dakwaan Pakatan Harapan (Harapan) kononnya akan berlakunya tsunami Melayu di negeri ini pada PRU14 nanti.

Beliau berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku kerana parti tersebut tidak memperjuangkan Melayu dalam manifesto mereka.

“Macam mana kata ada tsunami Melayu sebab dalam manifesto mereka tiada tawaran untuk orang Melayu. Takkan orang Melayu tergerak nak sokong kalau tiada tawaran dibuat.

“Tapi BN Johor ada tawaran yang tertentu antaranya dari segi agama Islam untuk orang Melayu. Jadi kita sangkal dakwaan akan berlaku tsunami Melayu,” katanya yang disiar dalam Sinar Harian.

Mohamed Khaled berkata, dakwaan akan berlakunya tsunami Melayu hanyalah taktik Harapan untuk mengekalkan undi Cina di negeri ini.

“Jadi untuk pastikan sokongan cina dapat dikekalkan, dia kata orang Melayu akan menyokong Harapan.

“Tapi macam mana orang Melayu nak menyokong mereka kalau tiada tawaran untuk Melayu,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan pengundi Melayu di negeri ini untuk berfikir dengan baik dan bijak mengenai tawaran diberikan Harapan.

Related Articles

Leave a Reply