Home SemasaGlobal Turki membangunkan peluru kereta kebal baharu

Turki membangunkan peluru kereta kebal baharu

by M.Daim

ISTANBUL, 9 Apr – Turki berjaya menghasilkan peluru meriam 120mm HE-T yang menyesuaikan penggunaan kereta kebal dalam pertempuran bandar dan juga mengempur sasaran di sebalik perlindungan.

Kementerian Pertahanan Turki mengeluarkan kenyataan bahawa ujian perluru tersebut berhasil dan menyaksikan sasaran yang berlindung di sebalik perlindungan berjaya dimusnahkan. Sebelum ini, kereta-kereta kebal Turki hanya menggunakan peluru anti armor. Penggunaan peluru anti armor adalah khusus untuk memusnahkan sasaran berperisai tetapi bukan sasaran yang berlindung disebalik bangunan.

Syarikat tempatan Turki, Mechanical and Chemical Industry Corporation (MKE) telah memulakan penghasilan peluru meriam tersebut dan sebanyak 3,000 peluru meriam akan diserahkan kepada Tentera Turki.

Syarikat MKE dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan peluru 120mm HE-T setelah melihat perkembangan semasa operasi Tentera Turki semasa Euphrates Shield dan Olive Branch.

 

Related Articles

Leave a Reply