Home Pertahanan dan Keselamatan Taat, setia warga ATM adalah kepada raja, negara – Panglima Angkatan Tentera

Taat, setia warga ATM adalah kepada raja, negara – Panglima Angkatan Tentera

by M.Daim

KUCHING, 10 Apr – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menegaskan taat dan setia warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah kepada raja dan negara, bukannya memihak kepada sebelah parti.

Malah, katanya taat dan setia warga ATM kepada raja dan negara tiada batasan dan pada masa sama, bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan yang memerintah.

“Dalam jiwa seorang anggota tentera dari saat mereka lahir sehingga mati, malah veteran masih mempunyai satu semangat iaitu ketaatan dan kesetiaan yang kuat kepada raja dan negara,” katanya dalam sidang media sempena Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem Muara Tuang semalam.

“Itu tidak pernah pudar, jadi saya ingin nyatakan bahawa warga ATM adalah golongan mereka yang mempunyai taat dan setia kepada raja dan negara yang tidak berbelah bahagi. Itu telah ditunjukkan melalui pengorbanan mereka yang rela mati dan berkorban segalanya demi menunjukkan ketaatan dan kesetiaan kepada raja dan negara,”

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, Hishammuddin mengingatkan pihak tertentu agar tidak mempersoalkan kesetiaan dan ketaatan warga tentera kerana keutamaan mereka adalah kepada negara.

“Jangan cuba nak perlekehkan warga ATM dan jangan cuba nak mengaburi mata orang luar kerana tuduhan (warga ATM memihak kepada sebelah parti) sebegini rupa adalah menyedihkan di mana ia telah digembar-gemburkan oleh pemimpin dahulu di mana ketaatan dan kesetiaan yang diberikan kepadanya dulu juga tidak berbelah bahagi.”

“Cukuplah, mesti ada had dan batasannya juga dalam kita hendak meraih sokongan dan berpolitik,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply