Home Politik PRU 14: Hari Penamaan Calon 28 April, Hari Buang Undi 9 Mei – SPR

PRU 14: Hari Penamaan Calon 28 April, Hari Buang Undi 9 Mei – SPR

by M.Daim

PUTRAJAYA, 10 Apr – Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini telah mengumumkan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 ditetapkan pada Rabu, 9 Mei,manakala tarikh penamaan calon pada 28 April.

Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei.

Tempoh berkempen ialah selama 11 hari iaitu pada 28 April hingga 8 Mei.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata seramai 14,940,624 juta rakyat Malaysia layak mengundi kali ini.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!