Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Penghijrahan Mahfuz tidak beri kesan Pas Pokok Sena – Wan Romani

Penghijrahan Mahfuz tidak beri kesan Pas Pokok Sena – Wan Romani

by Air Times News Network

POKOK SENA – Pas Kawasan Pokok Sena akan menampilkan calon-calon yang lebih berwibawa dan berintegriti dalam menghadapi PRU14 nanti.

Yang Dipertua Pas Pokok Sena, Wan Romani Wan Salem berkata, Pas di situ tidak ketandusan calon yang terbaik walaupun pernah kehilangan pemimpin yang lalu kerana berhijrah ke parti lain.

Katanya, Pas Pokok Sena sudah pun mengenal pasti beberapa calon yang berkelayakan dan tidak pernah ketandusan seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

“Pada pilihan raya kali ini Pas Pokok Sena akan meletakkan calon yang lebih terkenal dan mempunyai keperibadian yang baik serta lebih dikenali dalam masyarakat di daerah ini.

“Pas akan menerus menampilkan calon dari golongan ulama serta ikon rakyat yang disegani dalam masyarakat. Ini membuktikan Pas Pokok Sena tidak menghadapi masalah dalam mengetengahkan calonnya tidak seperti parti yang lain,” katanya.

Menurut Wan Romani, penghijrahan Datuk Mahfuz Omar ke Amanah langsung tidak memberi sebarang kesan dalam kepimpinan Pas di situ hari ini.

Malah, penghijrahan itu memberi hikmah lagi apabila lebih ramai lagi golongan muda menyertai Pas sejak 2017 lalu sehingga hari ini.

“Memang tidak dinafikan ada dalam kalangan ahli Pas yang berhijrah tetapi bilangannya agak kecil berbanding dengan kemasukan ahli baru. Ini terbukti pada 2017 sahaja seramai 500 anak muda sudah menyertai Pas dan 2018 pula turut bertambah hingga 800 ahli.

“Kekuatan Pas bukan terletak kepada individu, tetapi dasar perjuangannya yang meletakkan al-Quran dan hadis sebagai kekuatan Pas sehingga ke hari ini,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?