Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM kenal pasti 1,131 individu berpotensi cetus kekacauan PRU-14

PDRM kenal pasti 1,131 individu berpotensi cetus kekacauan PRU-14

by Air Times News Network

KUALA TERENGGANU, 10 Apr – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 1,131 individu di seluruh negara yang berpotensi menimbulkan kekacauan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Katanya, daripada 171 kawasan panas pula, sebanyak 31 kawasan adalah di Terengganu.

“Kesemua mereka berada dalam pemantauan pihak polis. Kita bukan nak menimbulkan ketakutan atau ugut sesiapa tapi kita nak pastikan mereka ini yang berpotensi menimbulkan kekacauan tidak akan menimbulkan masalah semasa perjalanan proses pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis apresiasi bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempena Hari Polis ke 211 yang turut dihadiri, Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata 25 peratus daripada 3,500 anggota polis di seluruh Terengganu akan digembleng untuk memastikan perjalanan PRU14 berjalan lancar di seluruh negeri ini.

“Manakala 25 peratus lagi anggota akan kekal menjalankan kerja-kerja hakiki harian.

Related Articles

Leave a Reply