Home Pertahanan dan Keselamatan Dedahkan nama syarikat milik tiga individu – Rafidah Aziz

Dedahkan nama syarikat milik tiga individu – Rafidah Aziz

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 9 Apr – Bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz mendesak Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak mendedahkan nama syarikat milik tiga individu serta butiran lanjut penswastaan lebih 40,000 hektar tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

Beliau turut meminta penjelasan Najib berhubung beberapa projek utama kerajaan jika ia melibatkan tanah tentera yang diswastakan itu.

“Rakyat perlu tahu semua fakta-fakta. Silalah dedahkan untuk pengetahuan awam,” kata Rafidah dalam surat terbuka itu.

Rafidah berkata cadangan itu dibuat kepada kerajaan pada 2008 dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.

“Saya agak ragu dan telah bertanya kepada Dato’ Seri Najib, dalam mesyuarat tersebut mengapa diswastakan kepada syarikat yang tidak langsung diketahui rekodnya.

“Mengapa tidak diswastakan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang boleh bergabung dengan syarikat-syarikat besar, yang ada rekod prestasi yang terbukti.

“Jawapan Dato’ Seri Najib dan disambut oleh PM Abdullah ialah, kita akan bawa masuk LTAT kemudian. Tiada seorang pun menteri lain menyoal Dato’ Seri,” kata beliau.

Pada ketika itu, perdana menteri ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Rafidah menjawat portfolio menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Rafidah berkata penswastaan tanah tersebut berdasarkan pajakan tanah selama 40 tahun dan diberikan tanpa tender terbuka.

Beliau mendakwa apabila harga tanah itu dibuat penilaian semula, syarikat terbabit mendapat untung berkali ganda.

Rafidah juga meminta Najib mendedahkan nama syarikat itu dan tiga individu pemiliknya serta butiran lanjut penswastaan tanah berkenaan.

“Rakyat perlu tahu semua fakta-fakta. Silalah dedahkan untuk pengetahuan awam,” kata Rafidah dalam surat terbuka itu.

Antara projek yang disenaraikan dalam Surat Terbuka itu ialah Bandar Malaysia yang merupakan bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi, perpindahan kem Majidee, Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), projek Keretapi Laju KL-Singapura, projek komersil pertanian dan penjualan pengkalan udara TUDM Butterwoth.

Surat Terbuka Tan Sri Rafidah Aziz kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak sini.

Related Articles

Leave a Reply