Home Semasa Khidmat Peguam Negara dilanjutkan tiga tahun lagi

Khidmat Peguam Negara dilanjutkan tiga tahun lagi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara telah dilanjutkan tiga tahun lagi sehingga 2021.

Mohamed Apandi, 68, berkata penggal kedua perhidmatannya akan berkuatkuasa sejurus tamat penggal pertamanya pada 27 Julai 2018.

“Penggal baharu ini akan tamat pada 27 Julai, 2012,” katanya menerusi pesanan WhatsAPP ketika diminta mengesahkan pelanjutan perkhidmatannya itu.

Ditanya perasaannnya setelah kerajaan bersetuju melanjutkan perkhidmatannya Mohamed Apandi berikrar akan mempastikan kedaulatan undang-undang di negara ini dan ke arah itu beliau akan bekerjasama rapat dengan mereka yang berkepentingan dalam menegakkan keadilan bagi keamanan dan keharmonian negara.

Mohamed Apandi yang berasal dari Kelantan dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas sebab kesihatan.

Related Articles

Leave a Reply