Home PolitikPakatan Harapan Jangan leka dengan janji manis BN : Firdaus Jaafar

Jangan leka dengan janji manis BN : Firdaus Jaafar

by Nurulhuda

PENDANG, 8 Apr – Penyelaras Dun Tokai, Firdaus Jaafar berkata, demi kesenangan generasi pada masa hadapan, rakyat digesa untuk memilih Pakatan Harapan (Harapan) dalam PRU14 nanti.

Tambahanya lagi rakyat akan menikmati kehidupan yang selesa dan jauh lebih baik sekiranya memilih Harapan dalam PRU14 nanti.

Katanya, 50 peratus rakyat Malaysia memiliki gaji bawah RM3,000 dan keadaan ini amat merunsingkan kerana kos sara hidup ketika ini sangat membebankan.

“Rakyat berada di zon kesedaran yang cukup tinggi untuk menolak BN dalam PRU 14 nanti kerana mereka dahagakan perubahan”,  katanya ketika berucap di program Bicara tawaran Pakatan Harapan PRU 14, di Tokai, semalam.

Menurut Firdaus, kewangan pada ketika dulu sangat selesa dan tidak meruncing seperti sekarang namun sekarang ini, kita dibelenggu dengan kos sara hidup yang sangat tinggi.

“Dan atas sebab itulah, Harapan menjanjikan minima gaji RM1,500 sekiranya menang pada PRU14,” katanya.

Tambah Firdaus, masalah penganguran dalam kalangan anak muda juga terlalu tinggi ketika ini.

“Kerajaan cuba untuk mengatasi masalah ini dengan mewujudkan SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) namun ia langsung tidak membantu.

“SL1M hanya bergantung kepada tempoh kontrak, tamat kontrak mereka akan kehilangan semula kerja, ” katanya.

Menurut Firdaus, kerajaan hanya bermain wayang dalam membicarakan tentang masa depan golongan muda.

“Anak muda banyak tertekan kerana masalah kewangan kerana hidup perlu diteruskan sedangkan peluang pekerjaan tidak ada,” katanya.

“Orang Pendang kena bersedia untuk ubah suasana politik dalam negara kita, kita kena berani bangkit dan melakukan sesuatu bagi memastikan kita dapat mewariskan sesuatu yang baik kepada anak cucu kita.

“Jangan leka dengan janji manis BN pastikan kita semua memilih Harapan dan jadikan Ramadan kali ini adalah riwayat terakhir untuk BN,” tegasnya.

Related Articles

Leave a Reply