Home Pertahanan dan Keselamatan Perolehan jet pejuang terbanyak India

Perolehan jet pejuang terbanyak India

by M.Daim

New Delhi, 7 Apr – India telah mengariskan perolehan sebanyak 110 jet pejuang untuk kegunaan pasukan tentera udara negara itu, Indian Air Force (IAF). Perancangan perolehan yang disifatkan antara yang terbesar dalam sejarah itu adalah berlanjutan keadaan IAF yang memerlukan sejumlah jet pejuang baharu untuk menggantikan jet-jet pejuang yang lama.

IAF dilaporkan telah mengeluarkan notis pembidaan dan pada yang sama bidaan tersebut adalah memenuhi syarat utama New Delhi, “Make in India”. Inisiatif “Make in India”memerlukan penghasilan jet-jet pejuang di negara terbesar di rantau Asia Selatan itu melalui rangka kerjasama strategik antara syarikat pengeluar dengan syarikat tempatan di India.

Melalui usaha ini, India mampu untuk mempelajari dan memiliki teknologi pertahanan yang terkini, sebagaimana yang diperlukan oleh syarikat-syarikat teknologi pertahanan di India.

Lockheed Martin, Boeing, Saab dan Dassault dijangka akan bersaing untuk membida kontrak tersebut.

Pihak IAF telah lama mengesa kerajaan New Delhi untuk mempercepatkan perolehan jet-jet pejuang terbaharu dengan melihat keadaan semasa tentera udara di negara itu yang mula menamatkan perkhidmatan jet-jet pejuang lama.

Perancangan ini dianggap terbesar selepas India telah membatalkan proses perolehan 126 buah jet pejuang untuk program Medium Multi-Role Combat Aircraft.

Pada September 2016, India telah menandatangani kontrak perolehan 36 buah jet pejuang Rafale. Kontrak tersebut bernilai sekitar 7.87 bilion Euro. Walaupun IAF mempunyai pilihan untuk melakukan perolehan tambahan dari pesanan 36 buah jet pejuang Rafale, namun, kerajaan India masih belum membuat sebarang keputusan.

 

Related Articles

Leave a Reply