Cologne, 7 April – Perancangan untuk membina jet pejuang secara bersama oleh Jerman dan Perancis dijangka akan bermula pada penghujung April ini semasa Berlin Air Show. Perkara tersebut dilaporkan oleh media Perancis semasa mesyuarat Kementerian Pertahanan kedua-dua negara sedang berlangsung.
Persetujuan antara Berlin dan Paris dicapai pada Julai tahun lalu selepas pertemuan antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Angela Merkel.
Mengikut perancangan, Jerman dan Perancis akan menentukan hala tuju program tersebut pada pertengahan tahun ini.
Program yang dikenali sebagai systèmedecombat aérien du futur” atau jet pejuang masa hadapan (SCAF) ini dirancang untuk menggantikan Eurofighter Typhoon yang digunakan oleh Jerman dan Dassault Rafale oleh Perancis mulai tahun 2040 kelak.
Menurut Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly, yang dilaporkan oleh La Tribune, perbincangan antara kedua-dua pihak adalah positif. DIjangkakan bahawa program ini akan melibatkan Airbus, Dassault, Thales, MBDA dan Safran.
Dijangkakan semasa Berlin Air Show kelak, Jerman dan Perancis akan menandatangani dokumen 10-muka surat bagi memulakan perlaksanaan program pembangunan jet pejuang Generasi Ke-6 oleh kedua-dua negara.
Berlin Air Show akan berlangsung pada 25 sehingga 29 April ini.