Home Politik Tsunami Melayu akan tengelamkan BN – Tun M

Tsunami Melayu akan tengelamkan BN – Tun M

by M.Daim

JOHOR BAHRU, 6 Apr – Pakatan Harapan hari ini menganjurkan Majlis Minum Petang sempena Jelajah Pakatan Harapan Johor. Majlis yang diadakan Di Amansari Residence Resort, Masai Johor turut dihadiri bukan sahaja wakil-wakil parti dan penyokong PH malah rakyat setempat yang ingin melihat sendiri Jelajah yang dianjurkan parti tersebut.

Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Bangsa selain kaum Cina Dan India, tsunami Melayu akan menenggelamkan kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Tsunami Melayu akan berlaku. Foto: Air Times

“Setelah dipilih, kita dapati kerajaan masa kini adalah kerajaan yang bacul, penipu dan pentadbir yang zalim.

“Nampak takut sangat sampai nak haramkan parti lawan, parti lawan selalu kalah, apa lah nak takut dengan parti lawan?

“Takut dengan parti yang berumur setahun jagung berbanding parti mereka yang sudah berumur 70 tahun”, tambahnya lagi.

“Nanti lihatlah akan ada berlaku tsunami Melayu yang akan tenggelamkan kamu (Najib) buat selama-lamanya.”

Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahathir juga yakin akan terjadinya tsunami bukan sahaja tsunami orang melayu, malahan akan ada tsunami Cina dan India di Malaysia.

Majlis yang dihadiri hampir 1000 penyokong Pakatan Harapan turut dihadiri isteri Pengerusi BERSATU, Tun Dr Hasmah Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Dr Wan Azizah, Tuan Haji Mohammad Sabu serta wakil-wakil parti komponen.

Related Articles

Leave a Reply