Home Pertahanan dan Keselamatan Hari Terbuka KD Sri Indera Sakti di Kuching 7 April 2018

Hari Terbuka KD Sri Indera Sakti di Kuching 7 April 2018

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Penduduk di kawasan Kuching dipelawa untuk tidak melepaskan peluang bagi melihat sendiri kapal MPCSS terbesar dalam inventori aset TLDM.

KD Sri Indera Sakti adalah sebuah kapal sokongan dalam flotila armada TLDM yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Seberat 4,300 tan dan panjang 100 meter, kapal ini mampu untuk membawa 16 buah kenderaan berat tentera atau 24 buah Land Rover.

Ditauliahkan pada thun 1980, kapal buatan Jerman ini dibina oleh Bremer Vulkan pada tahun 1979. 28 tahun dalam perkhidmatan TLDM, KD Sri Indera Sakti mempunyai pelbagai sejarahnya tersendiri termasuklah berkhidmat memberikan bantuan logistik ketenteraan pada ketika negara sedang berada dalam ancaman komunis.

Selepas tamatnya pemberontakan komunis, KD Sri Indera Sakti meneruskan jasanya kepada negara. Kapal ini pernah diaturgerak untuk menentang lanun di perairan Teluk Aden pada tahun 2008-2009. Selain daripada itu, KD Sri Indera Sakti turut diaturgerak untuk melaksanakan pencarian MH370.

Lawatan ke KD Sri Indera Sakti di Pelabuhan Pending, Kuching sudah pastinya akan mendekatkan lagi penduduk Sarawak khususnya di Kuching kepada TLDM. Justeru itu, penduduk di Sarawak dipelawa untuk tidak mempersia-siakan peluang keemasan ini.

Hari terbuka kapal KD Sri Indera Sakti dijadualkan akan bemula bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, di Pelabuhan Pending pada 7 April

Turut memeriahkan acara Hari Terbuka KD Sri Indera Sakti adalah kehadiran Kementerian Kesihatan Malaysia, Tentera Darat Malaysia dan APMM – selari dengan konsep NBOS.

Selain hari terbuka kapal, pengunjung berpeluang untuk melawat:

i. Pameran Kesiagaan Tentera Darat Malaysia yang melibatkan Kor Armor Diraja dan Rejimen Askar Melayu Diraja.

ii. Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Kor Kesihatan Diraja

iii. Pameran Kesedaran Tuberkulosis (TB) oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA​

iv. Pameran Kerjaya oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia​

 

Related Articles

Leave a Reply