Home Politik DUN Pulau Pinang bubar minggu hadapan – Guan Eng

DUN Pulau Pinang bubar minggu hadapan – Guan Eng

by M.Daim

GEORGETOWN, 6 Apr – Dun Pulau Pinang dijangka akan dibubarkan pada minggu depan. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, beliau akan bertemu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara minggu depan untuk mendapatkan persetujuan pembubaran Dun Pulau Pinang.

Beliau berkata, sebelum pertemuan itu, satu mesyuarat exco akan diadakan dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

“Kami akan ikut proses biasa. Kami perlu adakan satu mesyuarat exco dulu sebelum menghadap istana mutiara (Seri Mutiara)…itu yang saya boleh sebut hari ini. Kami akan maklumkan semua maklumat terperinci bila mesyuarat exco akan diadakan dan bila kami akan pohon hari pembubaran Dun,”

Lim Guan Eng

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Taman Poket Tepi Laut di sini hari ini.

Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa esok bagi memberi laluan kepada PRU14 dan menasihatkan ketua-ketua kerajaan negeri mendapatkan perkenan pembubaran Dun supaya pilihan raya dapat diselaras secara serentak di seluruh negara.

Tarikh akhir mandat Dun Pulau Pinang ialah pada 28 Jun.

Pulau Pinang diperintah Pakatan Harapan sejak 2008 dan pada pilihan raya umum lepas DAP menang 19 daripada 40 kerusi Dun manakala PKR (10), Pas (satu) dan BN (10). Bagi kerusi parlimen, DAP menguasai tujuh kerusi, PKR (tiga) dan BN (tiga). –

Related Articles

Leave a Reply