Home Pertahanan dan Keselamatan Selepas 20 jam, A400M tiba di Kepulauan Falkland

Selepas 20 jam, A400M tiba di Kepulauan Falkland

by M.Daim

KEPULAUAN FALKLAND. 5 Apr – Pihak Britain hari ini mengesahkan kehadiran pesawat A400M ‘Atlas’ di kepulauan itu bagi mengantikan peranan C-130 Hercules. Menurut UK Defence Journal, A400M akan mengambil peranan C-130 termasuklah sebagai pesawat pengangkut, rondaan maritim, mencari dan menyelamat (SAR) dan bantuan kemanusiaan semasa bencana (HADR).

Pada minggu lalu, sebuah pesawat A400M tiba di pangkalan udara RAF di kepulauan itu selepas menjalani penerbangan selama 20 jam.

 

A400M mempunyai kapasiti kargo seberat 32 tan dan mampu untuk membawa penumpang, kenderaan, helikopter atau kargo.

Direka oleh Airbus Military (kini dikenali sebagai Airbus Defence and Space), pesawat pengangkut taktikal ini mempunyai keupayaan dan peranan strategik dalam bahagian logistik pertahanan.

Di UK, A400M dirancang untuk menggantikan pesawat pengakut lama seperti Transall C-160 dan C-130 Hercules.

 

Dari segi dimensi, A400M yang mempunyai saiz lebih besar berbanding C-130 dan kecil berbanding C-17. Walaupun begitu, A400M mampu untuk membawa muatan yang lebih banyak berbanding C-130 serta berupaya untuk mendarat di landasan yang kasar.

Selain menjadi pesawat pengangkut, A400M mampu untuk memainkan peranan sebagai pesawat penangki dan juga untuk melaksanakan misi perubatan jika dilengkapi dengan peralatan yang bersesuaian.

A400M dioperasikan oleh 6 buah negara termasuk Malaysia. Malaysia melalui Tentera Udara Diraja Malaysia merupakan satu-satunya negara dan angkatan udara luar rantau Eropah yang mengoperasikan A400M pada ketika ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!