Home PolitikPakatan Harapan Najib sudah ada tentera sendiri – Tun M

Najib sudah ada tentera sendiri – Tun M

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 3 April – Tun Mahathir Mohamad  berkata Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak kini mempunyai tentera sendiri susulan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang  bahawa angkatan tentera kita akan setia kepada Najib dan kerajaan”.

“Bertentangan dengan perlembagaan kita yang mana angkatan tentera mestilah setia kepada Raja dan negara, katanya.

“Bermakna Najib sekarang sudah ada tentera dia sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini.

Beliau berkata ini adalah perkembangan yang mengecewakan memandangkan angkatan tentera dan pasukan polis sepatutnya melafazkan taat setia mereka kepada Raja-raja Melayu dan negara.

Related Articles

Leave a Reply