Home SemasaGlobal Remaja 16 tahun ditembak tentera Israel

Remaja 16 tahun ditembak tentera Israel

by Noor Sheila Amin

Gaza, 3 April – Bassel al-Helo, 16, menanggung kesakitan akibat ditembak tentera Israel yang juga memungkinkan kecacatan kekal tidak melemahkan semangat, malah tiada langsung kekesalan untuk menyertai perhimpunan beramai-ramai penduduk Palestin di Gaza.

Kecederaan kaki remaja itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih, namun Bassel menegaskan dia akan tetap meneruskan perjuangan.

“Saya tidak kesal melakukannya,” katanya di samping ibunya di atas katil Hospital Shifa.

Ramai golongan muda Palestin cedera dikelilingi saudara-mara yang sibuk mengagihkan coklat.

Seramai 17 penduduk Palestin terbunuh, lebuh 1,500 lagi cedera ketika menyertai perhimpunan ‘Perarakan Pulang’ di sempadan Gaza- Israel bermula Jumaat lalu, yang dirancang selama enam minggu.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah korban adalah yang terburuk dalam tempoh sehari di Gaza sejak perang 2014 dengan Israel.

Kementerian itu menyatakan, lebih 800 penduduk Gaza ditembak tentera Zionis sejak Jumaat.

Tentera Israel berkata, ia melepaskan tembakan ke arah mereka yang membaling batu dan bom api atau menggolekkan tayar terbakar.

Palestin sebaliknya berkata, penunjuk perasaan ditembak walaupun tidak mendatangkan bahaya kepada tentera, sementara kumpulan hak asasi mempersoalkan penggunaan peluru hidup oleh Israel.

Sesetengah yang cedera mengakui mereka membaling batu ke arah tentera, manakala yang lain ditembak secara rawak.

Bagi Bassel, tindakannya tidak merugikan kerana situasi kemiskinan teruk di Gaza dan akan kembali memprotes sebaik pulih.

“Saya berada tidak jauh dari sempadan. Tiba-tiba tembakan bertalu-talu dan orang mula jatuh di hadapan saya termasuk seorang rakan. Ketika saya mahu membantu, saya turut ditembak,” kata Bassel yang menegaskan dia tidak membaling batu.

Menurutnya, dia pergi untuk menyaksikan bantahan.

Berdekatan katilnya, Ali Zeer, 15, tidur dengan darah dimasukkan menerusi tiub ke tubuhnya berhampiran luka di dada akibat ditembak.

Ibunya berkata, semua sembilan anaknya mengambil bahagian dalam bantahan utama, disertai puluhan ribu penduduk, namun Ali memilih hampir ke pagar.

“Ini bantahan aman. Dia langsung tidak membaling batu,” katanya.

Di sempadan Gaza-Israel malam semalam, ratusan belia Palestin bergerak sehingga 100 meter dari tentera Israel, yang menghalang mereka dengan melepaskan gas pemedih mata.

Related Articles

Leave a Reply