Home PolitikPakatan Harapan Undi PH, GST Mansuh – Muhyiddin

Undi PH, GST Mansuh – Muhyiddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Kempen Rakyat Tolak GST telah diadakan oleh Pakatan Harapan di hadapan Sogo hari ini.

Kempen ini diketuai oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

‘Tujuan kempen ini diadakan bagi menunjuk perasaan benci terhadap GST yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memasuki tahun ketiga’, ujar beliau.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Kempen Rakyat Tolak GST di hadapan bangunan Sogo.

Beliau berkata BN telah memunggut hampir 1.5 bilion hasil keringat rakyat melalui GST.

‘Kempen ini bagi memperingatkan rakyat, ini adalah satu tindakan cukai yang cukup zalim yang dikenakan kepada rakyat Malaysia tidak kira kaya ataupun miskin, sampai orang minta sedekah pun kena GST’, katanya.

Muhyiddin berkata GST ini telah membawa kesan yang berat kepada seluruh negara, rakyat marah dengan tindakan sebegini.

Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengendahkan rintihan rakyat dan terus membebankan dengan GST, ujar beliau.

‘Pakatan Harapan telah membuat satu keputusan yang tegas dan jelas untuk menghapuskan GST didalam manifesto PRU14’

Hari ini 1 April genaplah tiga tahun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan di negara ini.

Related Articles

Leave a Reply