Home PolitikBarisan Nasional Muhyiddin tak layak ketuai kempen tolak GST : Ayub Rahmat

Muhyiddin tak layak ketuai kempen tolak GST : Ayub Rahmat

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 1 Apr – Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara pemimpin kerajaan yang lantang mempertahankan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) ketika dilaksanakan pada 1 April 2015.

Muhyiddin juga pernah menyifatkan cukai tersebut penting dalam menangani masalah defisit negara, selain golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan menghadapi kesan akibat pelaksanaannya.

Apabila tidak lagi berada dalam kerajaan, Presiden PPBM itu dilihat mengetuai pula perhimpunan menolak GST bersama rakyat yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST.

Mengulas mengenai perkara ini, Exco Penerangan, Pendidikan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub bin Rahmat berkata Muhyiddin tidak layak mengetuai kempen tersebut, kerana dia (Muhyiddin) dulu terlibat dalam kabinet telah memutuskan GST baik untuk rakyat’, ujarnya lagi.

‘Lihat sekarang dia pula yang mengetuai kempen menolak pelaksanaan GST’ katanya ketika dihubungi.

‘Pemimpin yang macam cicak kobeng! (Muhyiddin) menukar warna mengikut tempat dan tiada prinsip dalam perjuangan’, jelasnya lagi.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengetuai Kempen Rakyat Tolak GST yang diadakan oleh Pakatan Harapan di hadapan Sogo, Kuala Lumpur.

Rujuk berita berkaitan…..

Undi PH, GST Mansuh – Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply