Home PolitikBarisan Nasional Hasil hilang jika tak kutip GST – Khaled Nordin

Hasil hilang jika tak kutip GST – Khaled Nordin

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 1 Apr – Kerajaan telah mengesahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang digunakan sebelum ini.

Hari ini, 1 April genap tiga tahun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan di negara ini.

Namun, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengetuai perhimpunan menolak GST yang diadakan di hadapan bangunan Sogo, Kuala Lumpur.

‘Macamlah dulu Muhyiddin tidak terlibat dalam membuat keputusan untuk melaksanakan GST, sekarang nak membantah pula’ kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin ketika dihubungi.

‘Jika hapus GST, akan digantikan dengan cukai apa pula?’, jelasnya lagi.

‘Berapa pula hasil yang hilang sekiranya GST tidak dikutip?’ ujarnya.

‘Sekiranya GST tidak dikutip, bagaimana kerajaan hendak menampung kekurangan hasil negara, katanya lagi.

Hari ini, bertempat dihadapan bangunan Sogo, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengetuai Kempen Rakyat Tolak GST yang bertujuan membantah dan membenci pelaksanaan GST oleh kerajaan.

Rujuk berita berkaitan…

Undi PH, GST Mansuh – Muhyiddin

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!