Home SemasaGlobal Tentera Rusia uji peluru berpandu antara benua

Tentera Rusia uji peluru berpandu antara benua

by Air Times News Network

MOSCOW – RUSIA, 31 Mac – Tentera Rusia mendakwa telah berjaya menguji peluru berpandu antara benua (ICBM) terbarunya, hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata, ujian dilancarkan di Plesetsk di barat laut Rusia itu adalah bagi menguji peluru berpandu Sarmat.

Sarmat bertujuan untuk menggantikan Voyevoda yang direka Soviet, ICBM paling berat di dunia yang dikenali sebagai ‘syaitan’ di Barat.

Presiden Vladimir Putin berkata pada awal bulan ini bahawa Sarmat mempunyai berat 200 tan metrik dan mampu pergi jauh berbanding Voyevoda.

Moscow sebelum ini mendakwa bahawa Sarmat boleh terbang lebih jauh sehingga ke Kutub Selatan, dan mampu menyerang mana-mana sasaran di dunia.

Putin turut mendakwa Sarmat dilengkapi kepala peledak nuklear dan mampu menepis sistem peluru berpandu musuh. – AP

Related Articles

Leave a Reply