Home PolitikPakatan Harapan Persempadanan semula satu muslihat – Mahfuz Omar

Persempadanan semula satu muslihat – Mahfuz Omar

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 29 Mac – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata usul persempadanan semula yang diluluskan Parlimen semalam merupakan satu muslihat oleh kerajaan.

Mahfuz berkata kerajaan yang menguasai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat persempadanan semula bagi memecahkan atau melonggokkan satu kelompok pengundi-pengundi dari kaum bukan melayu.

 

‘Mereka sudah tidak dapat menyakinkan lagi kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina untuk memberikan sokongan kepada mereka’, ujar beliau.

‘Ini dapat dilihat persempadanan yang berlaku di sebahgian besar di semenanjung ini’ tegas beliau.

‘Ia memperlihatkan kerajaan betul-betul mengharapkan sokongan pengundi-pengundi melayu yang ada dalam negara kita, kerana mereka beranggapan pengundi-pengundi melayu masih boleh melindungi segala jenayah yang dilakukan oleh kepimpinan kerajaan kleptokrasi pada hari ini’ jelas beliau lagi.

Menurut beliau lagi ini merupakan satu tanggapan oleh kerajaan dan penghinan terhadap orang melayu.

Mahfus juga menyatakan orang melayu kena tebus maruah mereka untuk tidak melindungi jenayah yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah hari ini dan memberi dokongan kepada Pakatan Harapan.

‘Ada pun pelaksanaan persempadanan yang diluluskan akan memberi banyak masalah kepada pengundi pada hari mengundi nanti’.

‘Ini telah berlaku pada tahun 2004, walaupun jarak waktu persempadanan diluluskan di Parlimen dengan jarak tempoh pilihan raya mengambil masa setahun, tetapi ia telah menyebabkan masa pengundian di Selangor ditambah 2 jam lebih dari waktu biasa’, ujar Mahfuz.

‘Ini berikutan ramai pengundi-pengundi yang tidak tahu mereka telah berpindah tempat dan sudah pasti ia sekali lagi akan berlaku pada PRU akan datang kerana tempoh kelulusan dan tempoh persempadanan baru ini dengan pilihan raya terlalu dekat, jelasnya.

‘Ia pasti akan menyusahkan pihak pengundi khususnya’, tambahnya lagi.

Beliau menjelaskan ia akan memaksa PH untuk berkerja keras bagi memastikan pengundi tidak terlepas peluang untuk mengundi pada pilihan raya kali ini.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply