Home SemasaGlobal Arab Saudi didakwa merancang serangan 11 September 2001

Arab Saudi didakwa merancang serangan 11 September 2001

by Noor Sheila Amin

New York, 29 Mac – Hakim Daerah AS, George Daniels, menolak permohonan Arab Saudi untuk menggugurkan tindakan mahkamah yang mendakwa negara itu membantu merancang serangan 11 September 2001 dan perlu membayar pampasan berbilion dolar kepada mangsa.

Hakim Daerah AS, George Daniels berkata tuduhan plaintif itu ‘berdasarkan asas yang wajar’ untuknya menggunakan undang-undang persekutuan 2016, Akta Keadilan Menentang Keganasan (JASTA) ke atas Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi menafikan terbabit dalam serangan terancang menggunakan pesawat yang dirampas sebelum terhempas di Pusat Dagangan Dunia New York, Pentagon di luar Washington D.C dan sebuah padang berhampiran Pennsylvania. Hampir 3,000 orang terbunuh.

Setakat ini, barisan peguam Arab Saudi masih belum memberi maklum balas sejak keputusan itu diumumkan.

Keputusan Daniels meliputi tuntutan oleh keluarga mereka yang terbunuh, kira-kira 25,000 orang yang mengalami kecederaan, sejumlah perniagaan serta penanggung insurans.

Hakim turut menolak dakwaan bahawa dua bank Arab Saudi, National Commercial Bank dan Al Rajhi Bank, dan Binladin Group, sebuah syarikat pembinaan yang dikendalikan oleh keluarga bin Laden, menyediakan dana dan perkhidmatan kewangan untuk serangan itu.

Related Articles

Leave a Reply