Home Politik Usul Persempadanan Semula Bukan Luarbiasa – Isa Samad

Usul Persempadanan Semula Bukan Luarbiasa – Isa Samad

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur 28 Mac – Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Isa Samad memaklumkan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini, bukanlah satu isu yang luarbiasa seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.

Ini kerana, kali terakhir cadangan persempadanan semula diluluskan adalah pada 2003 yang diguna pakai dalam 3 siri pilihanraya iaitu PRU ke-11,PRU ke-12 dan PRU ke-13.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah meneliti tentang perubahan-perubahan dari pelbagai aspek termasuk dari segi bentuk mukabumi yang mana kesesuaian kawasan juga diambil kira di dalam dan luar bandar.
Selain itu juga, dari segi kependudukan pula bilangan pemilih berdaftar di Tanah Melayu meningkat 36% atau kira-kira 3 juta orang.

Pertimbangan yang dibuat oleh SPR adalah berasaskan peruntukan yang terdapat dalam perlembagaan dan bukanlah mengikut teleunjuk kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Kekecohan yang berlaku di Parlimen sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit siang digantung selama 6 bulan disebabkan tindakan beliau sendiri yang mengingkari arahan Yang di Pertua Dewan Rakyat.

Keputusan persempadanan semula dan pembangkang hanya menjadikan ia sebagai satu isu yang besar dan memanipulasikannya bagi mewujudkan kemarahan dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

“Berbeza dengan kerajaan yang hanya mementingkan prestasi serta perkhidmatan yang baik diberikan untuk rakyat,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply