Home Politik Usul persempadanan semula Lulus

Usul persempadanan semula Lulus

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur 27 Mac – Usul persempadanan semula yang diusulkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lulus dengan 129 menyokong dan 80 lagi menolak.

SPR mengesyorkan perubahan nama pada 12 kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Tanah Melayu.
Usul itu juga mengesyorkan tiada perubahan bilangan kerusi Parlimen dan DUN di Tanah Melayu, menjadikan bilangan kerusi Parlimen pada PRU14 kekal 222 kerusi dan kerusi DUN keseluruhannya kekal 587 kerusi.

Kali terakhir cadangan persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan adalah pada 2003 yang digunakan dalam 3 siri pilihanraya iaitu PRU11,PRU ke-12 dan PRU ke-13 pada tahun 2013.

Tempoh lapan tahun telah pun berlalu, maka SPR melaksanakan kajian semula persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu.

Kajian semula persempadanan dengan mengguna pakai daftar pemilih yang diperakui dan diwartakan pada 13 Mei 2016 dimana jumlah pemilih berdaftar bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu adalah seramai 11,379,352 orang.

Related Articles

Leave a Reply